|
![]() Assalamualaikum... Di sini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai filem yang sedang hangat di panggung wayang ketika ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam. Filem ini di bintangi oleh Maya Karin,Raja Azri,Rosyam Noor,Eizlan Yusoff,Kavita Kaur serta ramai lagi pelakon. Ia mengisarkan tentang ..... seorang primadona iaitu Meriam(Maya Karin) yang begitu di gilai ramai jejaka antaranya Marsani(Raja Azri) seorang lelaki yang kaya di kampung Paku Laris. Dia akhirnya memilih seorang jejaka yang bernama Danial sebagai suaminya.Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Marsani. Pada satu hari,Danial terpaksa pergi ke Indonesia dan meninggal kan Meriam yang ketika itu sarat mengandung.Lantaran itu,kesempatan itu di gunakan oleh Marsani untuk cuba merogol Meriam tetapi tidak berjaya kerana Meriam terbunuh di dalam pergelutan. 60 tahun kemudian muncul seorang gadis yang bernama Maria yang menyerupai wajah Meriam. Dari sinilah timbulnya berbagai-bagai konflik dan siapakah Meriam sebenarnya?... mm...kalau saya cerita semua tak bestla..so,kalau interested pergilah ke panggung-panggung wayang berhampiran kerana filem ini menarik juga untuk di tonton..seram jugaklaa...daripada 5 bintang saya kasi 4 bintang kerana memang cerita ini agak seram dan menarik...cuma endingnya yang agak tergantung.. |
| Leave a Comment: |