Queer Eye For the Blog Skins
arau

queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins

 Thursday, July 08, 2004

Tip mengurangkan tekanan

Terdapat beberapa tips yg kita blh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapatdiselesaikan dengan jayanya.

semoga zilzz dan member yg lain dapat mengurangkan tensen kerja korang....


idzuan_h @ 08:38 am | Comments (2) |

 Tuesday, July 06, 2004

Berhenti Berharap

aku tak percaya lagi
atas apa yang kau beri
aku terhempas di sini
tersudut menunggu mati

aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang sinarnya terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap 
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat

mengapa ada derita
bila bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan

ooo..oooo 

Chorus:
aku pulang...
tanpa dendam
kuterima.. kekalahanku

aku pulang...
tanpa dendam
kusalurkan.. kemenanganku

bridge:
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita

Back to chorus**

idzuan_h @ 04:59 pm | Make a comment |

ReViEw FiLeM pOnTiAnAk HaRuM sUnDaL mAlAm


Assalamualaikum...
Di sini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai filem yang sedang hangat di panggung wayang ketika ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam. Filem ini di bintangi oleh Maya Karin,Raja Azri,Rosyam Noor,Eizlan Yusoff,Kavita Kaur serta ramai lagi pelakon. Ia mengisarkan tentang .....

seorang primadona iaitu Meriam(Maya Karin) yang begitu di gilai ramai jejaka antaranya Marsani(Raja Azri) seorang lelaki yang kaya di kampung Paku Laris. Dia akhirnya memilih seorang jejaka yang bernama Danial sebagai suaminya.Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Marsani.
 Pada satu hari,Danial terpaksa pergi ke Indonesia dan meninggal kan Meriam yang ketika itu sarat mengandung.Lantaran itu,kesempatan itu di gunakan oleh Marsani untuk cuba merogol Meriam tetapi tidak berjaya kerana Meriam terbunuh di dalam pergelutan.

60 tahun kemudian muncul seorang gadis yang bernama Maria yang menyerupai wajah Meriam. Dari sinilah timbulnya berbagai-bagai konflik dan siapakah Meriam sebenarnya?...
mm...kalau saya cerita semua tak bestla..so,kalau interested pergilah ke panggung-panggung wayang berhampiran kerana filem ini menarik juga untuk di tonton..seram jugaklaa...daripada 5 bintang saya kasi 4 bintang kerana memang cerita ini agak seram dan menarik...cuma endingnya yang agak tergantung..

idzuan_h @ 04:52 pm | Make a comment |

    Next Page

::aboutme::


::calendar::

<< June 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

::links::

::tagboard::

   

::etc::

rss feed

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

::designer::

queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
edited by:
BLOGDRIVE
TEMPLATES