|
Saturday, July 10, 2004
Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris
Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris
Seringkali kita dibelenggu dengan masalah lemah dalam pengusaan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian kita. Kita mungkin tidak terasa kelemahan BI kita bila kita berada dirumah tapi akan terasa kelemahan kita apabila ditempat kerja terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak BI dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan.
Kelemahan dalam BI juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai lemah dalam bahagian komunikasi.
Dari pengalaman saya dalam mempelajari Bahasa Inggeris ada 3 bahagian yang penting dalam mempelajari BI iaitu:-
i) Vocabulary
ii) Grammar
iii) Written English
i) Vocabulary Vocabulary ataupun kosa kata adalah pada pandangan saya yang paling penting dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris jika vocabulary kita adalah lemah. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikan nya.Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan vocabulary kita dalam Bahasa Inggeris. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar Bahasa Inggeris setiap hari? Berapa banyak kah dari kita yang ada membeli sebuah kamus Bahasa Inggeris yang komprehensif sebagai rujukan kita?
Tanpa vocabulary yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan menimbulkan salah faham di mata pendengar/pembaca. Dalam Bahasa Inggeris amat banyak perkataan yang hampir2 serupa akannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi2 yang tertentu sahaja.
Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara
jenis kamus yang boleh didapati ialah :-
i) Kamus Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi
perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia. Jenis kamus ini sesuai
jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan
masih lemah dalam vocabulary Bahasa Inggeris anda.
ii) Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-
perkataan Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu
maksud perkataan dalam Bahasa Melayu tapi tiada lansung idea apakah maksudnya
dalam Bahasa Inggeris.
iii) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam Bahasa Inggeris mahupun dalam Bahasa Melayu.
iv) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-
perkataan Bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat intermediate dan advance. Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan vocabulary Bahasa Inggeris mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran vocabulary anda.
Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus?
1. Introduction
Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif.
2. Spelling
Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesebuah perkataan yang and a cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :-
i) Ejaan penuh Dimana perkataan dieja sepenuh nya
ii) Akronim Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration.
iii) Singkatan Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada merket(pasar)
3. Meaning
Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal.
Grammar
Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendifisikan samaada perkataan itu adalah :-
i) Verb Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh verb ialah run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing. Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan.
ii) Noun Kata Nama.Contoh Noun ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain.
iii) Adverb Adverb digunakan untuk menerangkan verb. Jika verb nya ialah run maka adverb digunakan untuk menerangkan perkataan `run' tersebut.
Cth:-
Ali run slowly to the car.
Dalam contoh diatas `slowly' digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. run) itu berlaku.
iv) Adjective Adjective pulak digunakan untuk menerangkan sesuatu noun. Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan digunakan untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu.
Cth:-
The house is big.
The house is colourful.
Jadi dalam contoh diatas adjective yang digunakan ialah big dan colourful.
4. Pronounciation
Didalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut(pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam Bahasa Inggeris kebiasaanya pronounciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronounciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis. Antara contoh2 perkataan ini ialah:-
Grand Prix
Buffet
Par Avion
Rendezvous
PETUA MENGUATKAN INGATAN
setiap pagi sebelum sarapan,makan sedikit buah anggur atau dengan kata lain kismis.
sebelum study, iaitu ketika hendak membuka buku, mulai dengan membaca doa belajar.
selepas study, diakhiri juga dengan doa.
jangan sekali lupa berdoa setiap kali selepas solat.
amalkan solat tahajud dan solat hajat.
sentiasa berselawat walau dimana saja.
yang plg penting, hormati kedua ibubapa dan juga guru.
Thursday, July 08, 2004
Tip mengurangkan tekanan
Terdapat beberapa tips yg kita blh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapatdiselesaikan dengan jayanya.
semoga zilzz dan member yg lain dapat mengurangkan tensen kerja korang....
Previous Page Next Page |
::aboutme::
::calendar::
::links::
::tagboard::
::etc::
::designer::
queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
edited by:

|