|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, July 06, 2004 Kes Norita Shamsuddin: Pembunuhan Ke Overdose?
Sedari awal, mengikuti kes rogol-liwat-bunuh gadis cantik, Noritta Samsudin, saya merasa seperti ada sesuatu terselindung di sebaliknya. Maaf cakap, entah macam mana hati saya keberatan untuk memberi rasa simpati kepada beliau, rasanya saya lebih kasihan dengan tragedi yang menimpa Canny Ong. Selanjutnya.. Jauh dari cuba mahu bersangka buruk, tetapi fakta-fakta tentang kehidupan peribadi dan hubungan sosialnya tetap membuat otak saya berfikir ligat. Nisbah antara kerjaya dengan kemewahan hidup beliau terlalu tidak sekata, beliau cuma seorang pegawai pemasaran! Lalu siapakah sebenarnya yang terlibat di sebalik kematian beliau ini? Mayat beliau dikatakan dijumpai dalam keadaan terikat tetapi tiada kesan pergelutan di dalam KONDO MEWAH tersebut. Pada awalnya ada khabar yang mengatakan wujudnya penglibatan anak orang kenamaan, tetapi segera dinafikan oleh pihak polis. Beberapa tangkapan telah dibuat, lapan orang setakat ini, cebisan tisu dengan kesan air mani juga dijumpai. Dengan tangkapan dan bukti ini, polis percaya bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan kes ini. Di ketika cerita ini di tahap klimaks, pewartaan berterusan media terhadap tragedi ini telah menjadikan ia sebagai national public interest, cuma menunggu keputusan ujian DNA sahaja, tiba-tiba malam tadi (14 Disember 2003, Buletin Utama TV3), Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Omar secara mengejut mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini sekarang adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apakah maksudnya? Apakah selepas ini tidak ada lagi laporan? Bagaimana pula dengan keputusan siasatan? Adakah ia juga akan dirahsiakan? Maka sesiapa yang mendedahkan nanti akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi? Keputusan Ujian DNA Saddam Hussein cuma mengambil masa sehari sahaja, sepatutnya kita sudah dapat tahu siapa pembunuh Noritta, mungkinkan ia "seseorang" sehingga ia perlu dirahsiakan? Kata Datuk Seri KPN lagi, jangan buat andaian sendiri, jangan buat spekulasi, setelah mengOSAkan kertas siasatan kes bunuh Noritta... tetapi tindakan beliau itu sendiri sebenarnya telah menimbulkan banyak andaian, menimbulkan banyak spekulasi. ![]() Kes Norita Shamsuddin: Pembunuhan Ke Overdose? Selain dari kes bunuh - rogol Nur Suzaily Mokhtar dan Canny Ong, kes terbaru yang melibatkan Noritta Shamsuddin begitu menggemparkan masyarakat Malaysia Boleh! Ape pun kes Noritta mendapat liputan agak luwar biyase hebatnye daripade keduwe kes terdahulu. Sehingge kini lapan orang sudah ditahan reman untuk membantu PdRM untuk menyiasat kes itu. Jike Allahyarhamah Suzaily dan Mendiang Canny dirogol dan dibunuh di luwar kediyaman mereke, tetapi kejadian yang menimpe Noritta berlaku di kondominium supermewah yang menempatkan golongan elit di Sri Hartamas. Insiden malang itu terjadi terjadi di dalam rumah Noritta sendiri. Maknenye perogol dan pembunuh berkenaan bukanlah perogol jalanan (sex-maniac) tetapi lebih merupekan perogol terhormat yang bebas keluwar masuk ke dalam kawasan perumahan yang dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan tercanggih. Calang-calang pengunjung atau penyangak tidak akan berupaye menjejaki kawasan kondominium itu kerane tapisan ketat dimulai dari pondok keselamatan lagi. Mungkin ade pihak-pihak yang kurang senang hati, jike dikatekan segale laporan yang dipaparkan oleh media massa pembodek berhubung dengan kes Noritta itu lebih bersifat ingin menyembunyikan cerite sebenar. Terdapat desas-desus yang mengatekan Noritta tidak dirogol dan dibunuh, sebaliknye mati akibat overdose penangan pil khayal Ecstasy. Kematiyan tragik itu terjadi ketike simati bersame seorang lagi betine dan tige jantan sedang melakukan adegan ranjang. Sekiranye desas-desus itu ade kebenarannye, siyapekah musibat yang terpakse dilindungi itu? Apekah kes Noritta itu ade sikit sebanyak persamaannye dengan kes Mustakizah? Banyak persoalan yang harus dijawab. Mudah-mudahan desas-desus itu tidak benar dan rakyat jelate mengharapkan agar pihak berkuwase lebih telus dalam mengendalikan kes-kes sebegitu. Jangan disebabkan ingin melindungi seseorang yang ade kedudukan dalam masyarakat, rakyat dinafikan hak daripade mengetahui cerite sebenar. Kalaulah benar ade VIP yang bertindak sebagai `Sugar Daddy` Arwah Noritta, diye mesti diheret same ke muke pengadilan. Wang ringgit yang dimiliki oleh situwe keparat itu tidak mengharuskan maruwah dan nyawe anak gadis dikorbankan tanpa pembelaan. Hari ini Noritta telah menerime nasib malang yang pasti amat memilukan hati ibu bape dan saudare marenye,mungkin esok anak gadis orang lain pule akan menerime nasib yang same. Sekali lagi rakyat mengharapkan sesuwatu yang positif dapat dipaparkan oleh pihak berkuwase apebile penyiasatan terhadap kes tersebut selesai nanti. Kite ingin benar melihat wajah-wajah `penyangak terhormat` itu dibicarekan.
BERINAI & BERTATU
Berinai dan bertatu Antara haram, sunat & harus INAI - satu seni yang mengindahkan lagi wanita. Amalan berinai sebenarnya sudah ada sebelum kedatangan Islam. Malah ia menjadi perkara yang sedia dimaklumi sebagai salah satu cara untuk berhias. Amalan ini menjadi kelaziman terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Berinai juga salah satu acara dalam adat perkahwinan orang Melayu, sama ada bagi pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan. Hukum bagi wanita Bagi wanita, hukum berinai tertakluk kepada beberapa keadaan. Ia amalan sunat, tetapi ada kalanya boleh menjadi makruh, dan bahkan ada kalanya haram. Perbezaan hukum ini terjadi apabila dirujuk kepada keadaan serta status wanita itu sama ada bersuami atau tidak. Selain itu, dirujuk juga kepada tujuan berinai itu sendiri. Hukum bagi lelaki Diharamkan bagi golongan lelaki berinai pada dua tangan dan kaki. Ini berdasarkan dalil yang mengharamkan lelaki berinai iaitu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, yang bermaksud, Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi s.a.w melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
Tuesday, June 29, 2004 keter aku
|
::aboutme:: ::calendar::
::links::
::tagboard::
::etc:: ::designer:: queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||