|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, July 06, 2004 BERINAI & BERTATU
Berinai dan bertatu Antara haram, sunat & harus INAI - satu seni yang mengindahkan lagi wanita. Amalan berinai sebenarnya sudah ada sebelum kedatangan Islam. Malah ia menjadi perkara yang sedia dimaklumi sebagai salah satu cara untuk berhias. Amalan ini menjadi kelaziman terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Berinai juga salah satu acara dalam adat perkahwinan orang Melayu, sama ada bagi pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan. Hukum bagi wanita Bagi wanita, hukum berinai tertakluk kepada beberapa keadaan. Ia amalan sunat, tetapi ada kalanya boleh menjadi makruh, dan bahkan ada kalanya haram. Perbezaan hukum ini terjadi apabila dirujuk kepada keadaan serta status wanita itu sama ada bersuami atau tidak. Selain itu, dirujuk juga kepada tujuan berinai itu sendiri. Hukum bagi lelaki Diharamkan bagi golongan lelaki berinai pada dua tangan dan kaki. Ini berdasarkan dalil yang mengharamkan lelaki berinai iaitu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, yang bermaksud, Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi s.a.w melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
Tuesday, June 29, 2004 keter aku
Sekadar Renungan Bersama
Sapa...Kita Sebenar nyer.... 1-Kita sebenarnya.....Lebih gembira menyambut 1hb Januari drp 1 Muharram. 2-Kita sebenarnya.....Lebih tahu apa itu 14hb Februari drp 12 Rabiulawal. 3-Kita sebenarnya.....Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad drp hari Jumaat. 4-Kita sebenarnya....Lebih Khusyuk mendengar lagu drp mendengar Azan. 5-Kita sebenarnya....Lebih suka lepak,tidur,tengok TV drp Sembahyang. 6-Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita drp nama nabi-nabi kita. 7-Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut Hello!..Hai! drp Assalamualaikum. 8-Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi drp berwirid,bertahmid. 9-Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia drp Tuhan kita sendiri. 10-Kita sebenarnya...Lebih suka membaca majalah hiburan drp buku-buku agama. 11-Kita sebenarnya...Lebih suka ke konsert,karaoke drp ceramah agama. 12-Kita sebenarnya...Lebih suka memaki,mengumpat orang drp mengingati kebaikan orang. 13-Kita sebenarnya...Lebih suka mencarut apabila kita melatah drp menyebut nama Allah. 14-Kita sebenarnya...Lebih suka kemungkaran drp berbuat kebaikkan. 15-Kita sebenarnya...Lebih bangga dengan kejahilan kita drp bersyukur dgn keimanan kita. 16-Kita sebenarnya...Lebih suka bersekokong dgn pemeritah yang melakukan kezaliman drp pemeritah yang baik. 17-Kita sebenarnya...Lebih cintakan Duniawi drp urusan Akhirat. TETAPI BILA ORANG TANYA ARAH TUJUAN KITA,KITA PASTI AKAN MENJAWAB......... KITA SEBENARNYA......LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DRP KE NERAKA. LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH S.W.T..?????. SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN KERANA...... ". Allahua'lam. Wasalam...
|
::aboutme:: ::calendar::
::links::
::tagboard::
::etc:: ::designer:: queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||