|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, July 06, 2004 Berhenti Berharap
aku tak percaya lagi atas apa yang kau beri aku terhempas di sini tersudut menunggu mati aku tak percaya lagi akan guna matahari yang sinarnya terangi sudut gelap hati ini aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat mengapa ada derita bila bahagia tercipta mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan ooo..oooo Chorus: aku pulang... tanpa dendam kuterima.. kekalahanku aku pulang... tanpa dendam kusalurkan.. kemenanganku bridge: kau ajarkan aku bahagia kau ajarkan aku derita kau tunjukkan aku bahagia kau tunjukkan aku derita kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita Back to chorus**
ReViEw FiLeM pOnTiAnAk HaRuM sUnDaL mAlAm
![]() Assalamualaikum... Di sini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai filem yang sedang hangat di panggung wayang ketika ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam. Filem ini di bintangi oleh Maya Karin,Raja Azri,Rosyam Noor,Eizlan Yusoff,Kavita Kaur serta ramai lagi pelakon. Ia mengisarkan tentang ..... seorang primadona iaitu Meriam(Maya Karin) yang begitu di gilai ramai jejaka antaranya Marsani(Raja Azri) seorang lelaki yang kaya di kampung Paku Laris. Dia akhirnya memilih seorang jejaka yang bernama Danial sebagai suaminya.Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Marsani. Pada satu hari,Danial terpaksa pergi ke Indonesia dan meninggal kan Meriam yang ketika itu sarat mengandung.Lantaran itu,kesempatan itu di gunakan oleh Marsani untuk cuba merogol Meriam tetapi tidak berjaya kerana Meriam terbunuh di dalam pergelutan. 60 tahun kemudian muncul seorang gadis yang bernama Maria yang menyerupai wajah Meriam. Dari sinilah timbulnya berbagai-bagai konflik dan siapakah Meriam sebenarnya?... mm...kalau saya cerita semua tak bestla..so,kalau interested pergilah ke panggung-panggung wayang berhampiran kerana filem ini menarik juga untuk di tonton..seram jugaklaa...daripada 5 bintang saya kasi 4 bintang kerana memang cerita ini agak seram dan menarik...cuma endingnya yang agak tergantung..
Kes Norita Shamsuddin: Pembunuhan Ke Overdose?
Sedari awal, mengikuti kes rogol-liwat-bunuh gadis cantik, Noritta Samsudin, saya merasa seperti ada sesuatu terselindung di sebaliknya. Maaf cakap, entah macam mana hati saya keberatan untuk memberi rasa simpati kepada beliau, rasanya saya lebih kasihan dengan tragedi yang menimpa Canny Ong. Selanjutnya.. Jauh dari cuba mahu bersangka buruk, tetapi fakta-fakta tentang kehidupan peribadi dan hubungan sosialnya tetap membuat otak saya berfikir ligat. Nisbah antara kerjaya dengan kemewahan hidup beliau terlalu tidak sekata, beliau cuma seorang pegawai pemasaran! Lalu siapakah sebenarnya yang terlibat di sebalik kematian beliau ini? Mayat beliau dikatakan dijumpai dalam keadaan terikat tetapi tiada kesan pergelutan di dalam KONDO MEWAH tersebut. Pada awalnya ada khabar yang mengatakan wujudnya penglibatan anak orang kenamaan, tetapi segera dinafikan oleh pihak polis. Beberapa tangkapan telah dibuat, lapan orang setakat ini, cebisan tisu dengan kesan air mani juga dijumpai. Dengan tangkapan dan bukti ini, polis percaya bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan kes ini. Di ketika cerita ini di tahap klimaks, pewartaan berterusan media terhadap tragedi ini telah menjadikan ia sebagai national public interest, cuma menunggu keputusan ujian DNA sahaja, tiba-tiba malam tadi (14 Disember 2003, Buletin Utama TV3), Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Omar secara mengejut mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini sekarang adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apakah maksudnya? Apakah selepas ini tidak ada lagi laporan? Bagaimana pula dengan keputusan siasatan? Adakah ia juga akan dirahsiakan? Maka sesiapa yang mendedahkan nanti akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi? Keputusan Ujian DNA Saddam Hussein cuma mengambil masa sehari sahaja, sepatutnya kita sudah dapat tahu siapa pembunuh Noritta, mungkinkan ia "seseorang" sehingga ia perlu dirahsiakan? Kata Datuk Seri KPN lagi, jangan buat andaian sendiri, jangan buat spekulasi, setelah mengOSAkan kertas siasatan kes bunuh Noritta... tetapi tindakan beliau itu sendiri sebenarnya telah menimbulkan banyak andaian, menimbulkan banyak spekulasi. ![]() Kes Norita Shamsuddin: Pembunuhan Ke Overdose? Selain dari kes bunuh - rogol Nur Suzaily Mokhtar dan Canny Ong, kes terbaru yang melibatkan Noritta Shamsuddin begitu menggemparkan masyarakat Malaysia Boleh! Ape pun kes Noritta mendapat liputan agak luwar biyase hebatnye daripade keduwe kes terdahulu. Sehingge kini lapan orang sudah ditahan reman untuk membantu PdRM untuk menyiasat kes itu. Jike Allahyarhamah Suzaily dan Mendiang Canny dirogol dan dibunuh di luwar kediyaman mereke, tetapi kejadian yang menimpe Noritta berlaku di kondominium supermewah yang menempatkan golongan elit di Sri Hartamas. Insiden malang itu terjadi terjadi di dalam rumah Noritta sendiri. Maknenye perogol dan pembunuh berkenaan bukanlah perogol jalanan (sex-maniac) tetapi lebih merupekan perogol terhormat yang bebas keluwar masuk ke dalam kawasan perumahan yang dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan tercanggih. Calang-calang pengunjung atau penyangak tidak akan berupaye menjejaki kawasan kondominium itu kerane tapisan ketat dimulai dari pondok keselamatan lagi. Mungkin ade pihak-pihak yang kurang senang hati, jike dikatekan segale laporan yang dipaparkan oleh media massa pembodek berhubung dengan kes Noritta itu lebih bersifat ingin menyembunyikan cerite sebenar. Terdapat desas-desus yang mengatekan Noritta tidak dirogol dan dibunuh, sebaliknye mati akibat overdose penangan pil khayal Ecstasy. Kematiyan tragik itu terjadi ketike simati bersame seorang lagi betine dan tige jantan sedang melakukan adegan ranjang. Sekiranye desas-desus itu ade kebenarannye, siyapekah musibat yang terpakse dilindungi itu? Apekah kes Noritta itu ade sikit sebanyak persamaannye dengan kes Mustakizah? Banyak persoalan yang harus dijawab. Mudah-mudahan desas-desus itu tidak benar dan rakyat jelate mengharapkan agar pihak berkuwase lebih telus dalam mengendalikan kes-kes sebegitu. Jangan disebabkan ingin melindungi seseorang yang ade kedudukan dalam masyarakat, rakyat dinafikan hak daripade mengetahui cerite sebenar. Kalaulah benar ade VIP yang bertindak sebagai `Sugar Daddy` Arwah Noritta, diye mesti diheret same ke muke pengadilan. Wang ringgit yang dimiliki oleh situwe keparat itu tidak mengharuskan maruwah dan nyawe anak gadis dikorbankan tanpa pembelaan. Hari ini Noritta telah menerime nasib malang yang pasti amat memilukan hati ibu bape dan saudare marenye,mungkin esok anak gadis orang lain pule akan menerime nasib yang same. Sekali lagi rakyat mengharapkan sesuwatu yang positif dapat dipaparkan oleh pihak berkuwase apebile penyiasatan terhadap kes tersebut selesai nanti. Kite ingin benar melihat wajah-wajah `penyangak terhormat` itu dibicarekan.
|
::aboutme:: ::calendar::
::links::
::tagboard::
::etc::
::designer:: queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||