Queer Eye For the Blog Skins
Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris « arau

queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins - - queer eye for the blog skins

 Saturday, July 10, 2004

Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris

Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris

Seringkali kita dibelenggu dengan masalah lemah dalam pengusaan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian kita. Kita mungkin tidak terasa kelemahan BI kita bila kita berada dirumah tapi akan terasa kelemahan kita apabila ditempat kerja terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak BI dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan.



Kelemahan dalam BI juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai lemah dalam bahagian komunikasi.

Dari pengalaman saya dalam mempelajari Bahasa Inggeris ada 3 bahagian yang penting dalam mempelajari BI iaitu:-

i) Vocabulary
ii) Grammar
iii) Written English

i) Vocabulary – Vocabulary ataupun kosa kata adalah pada pandangan saya yang paling penting dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris jika vocabulary kita adalah lemah. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikan nya.Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan vocabulary kita dalam Bahasa Inggeris. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar Bahasa Inggeris setiap hari? Berapa banyak kah dari kita yang ada membeli sebuah kamus Bahasa Inggeris yang komprehensif sebagai rujukan kita?

Tanpa vocabulary yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan menimbulkan salah faham di mata pendengar/pembaca. Dalam Bahasa Inggeris amat banyak perkataan yang hampir2 serupa akannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi2 yang tertentu sahaja.

Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara
jenis kamus yang boleh didapati ialah :-

i) Kamus Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi
perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia. Jenis kamus ini sesuai
jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan
masih lemah dalam vocabulary Bahasa Inggeris anda.

ii) Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-
perkataan Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu
maksud perkataan dalam Bahasa Melayu tapi tiada lansung idea apakah maksudnya
dalam Bahasa Inggeris.

iii) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu – Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam Bahasa Inggeris mahupun dalam Bahasa Melayu.

iv) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-
perkataan Bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat intermediate dan advance. Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan vocabulary Bahasa Inggeris mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran vocabulary anda.

Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus?

1. Introduction

Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif.

2. Spelling

Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesebuah perkataan yang and a cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :-

i) Ejaan penuh – Dimana perkataan dieja sepenuh nya
ii) Akronim – Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration.
iii) Singkatan – Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada merket(pasar)

3. Meaning

Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal.

Grammar

Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendifisikan samaada perkataan itu adalah :-

i) Verb – Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh verb ialah run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing. Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan.
ii) Noun –Kata Nama.Contoh Noun ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain.
iii) Adverb – Adverb digunakan untuk menerangkan verb. Jika verb nya ialah run maka adverb digunakan untuk menerangkan perkataan `run' tersebut.

Cth:-

Ali run slowly to the car.

Dalam contoh diatas `slowly' digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. run) itu berlaku.

iv) Adjective – Adjective pulak digunakan untuk menerangkan sesuatu noun. Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan digunakan untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu.

Cth:-

The house is big.

The house is colourful.

Jadi dalam contoh diatas adjective yang digunakan ialah big dan colourful.


4. Pronounciation

Didalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut(pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam Bahasa Inggeris kebiasaanya pronounciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronounciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis. Antara contoh2 perkataan ini ialah:-
Grand Prix
Buffet
Par Avion
Rendezvous


idzuan_h @ 09:23 am |

neezam_student in form 4
May 21, 2006   11:43 AM PDT
 
usaha itu adalah tangga kejayaan "rome is not built in one day"
Z
May 28, 2005   12:27 PM PDT
 
Your note (writing) is quite easy to understand..good effort and should go on with next session..thank
Name
May 26, 2005   05:05 PM PDT
 
seluas dalam
Name
May 17, 2005   11:52 PM PDT
 
x de comen ok!
Ning-
May 5, 2005   11:57 AM PDT
 
Jelaskan lagi dengan lebih terperinci cara2 belajar BI dengan cara lain selain apa yang terdapat di atas.
evolutin@10.3.2005
March 10, 2005   11:39 AM PST
 
penerangan anda amat bagus, tapi
sikap membantu anda tidak relevan.maksud saya ialah penerangan anda sikit.maka hasilnya
mestilah sikit.maka sebelum anda menolong orang lain.maka diri anda juga harus di dahulukan
ali
December 19, 2004   12:26 AM PST
 
bagus.bahasa inggeris amat penting sekkarang ini
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry  Home  Next Entry

::aboutme::


::calendar::

<< July 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

::links::

::tagboard::

   

::etc::

rss feed
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

::designer::

queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
edited by:
BLOGDRIVE
TEMPLATES