|
Wednesday, July 14, 2004
insaflah wahai teman
Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita
**************
MUTIARA MINDA
Teringat pesan ayahanda...
"sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita
sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita... "
Subhanallah, betapa alpa nya kami...
sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
**************
Peringatan buat diriku yang sering lupa... ... ..
Adakah kita seorang Islam ?
Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita
sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..
apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih
sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah..
gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah
ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua
ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!
Adakah kita benar-benar
seorang Islam ? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di
Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa
kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak
malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal
semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita
adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.
Adakah kita yakin kita seorang Islam
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa
kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana
kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana
kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!!
Firaun
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal
dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ?
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita
kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita
harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan
ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan
diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka
yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan
dosa.
Kita tidak takut dosa.
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat ?
Siapakah kita menjelang hari kematian?
Adakah kita seorang Islam?
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut?
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya
untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin
semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?
Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik
nikmat kesihatan?
Siapa Kita ?
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup
pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI... ... !!!!
Siapa kita... . ? Wallahu'alam - JKIM :
Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain!!!
Fadhilat Ta'awwuz
Taawwuz ialah ucapan " A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim " yang diucapkan sebelum membaca Bismillah apabila kita membuat sesuatu. Ucapan Ta'awwuz itu ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu. Seumpama seseorang yang hendak masuk ke istana berkata-kata dengan Raja, maka hendaklah dibersihkan dirinya daripada kekotoran dan begitu juga dengan pembacaan Al Quran. Kerana barangsiapa yang membaca Al Quran, hendaklah dimulai dengan bacaan "A'uzu " yang akan membersihkan lidahnya daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan. Hukum membaca Ta'awwuz itu sunat dan sunnah. Firman Allah :
" Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta p erlindungan kepada Allah. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." ( Al A'raf : ayat 200 )
" Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah " A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah" ( An Nahl : 98 - 99)
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta'awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t. Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a :
" Kebesaran Al Quran itu dengan A'uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim."
Berkata ulama' bahawa A'uzu itu adalah seperti sesapu Al Quran.. Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran, perlulah menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was. Dan berkat a Al Hassan bin Abi Tolib : " Barangsiapa yang embaca A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim " itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya."
Semoga ada menafaatnya.
Saturday, July 10, 2004
Rahsia Cemerlang
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak
meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya
perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk
bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning. Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon
ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab: " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras
sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur." Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk -
pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah al-Isra' 17: 79)
Next Page |
::aboutme::
::calendar::
::links::
::tagboard::
::etc::
::designer::
queer eye for the blog skins: designed by Clone, only at blogskins
edited by:

|